Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Friday, July 15, 2011

kEK COKLAT MOIST KUKUS




Assallammualaikum..


yummy kek coklat moist kukus lagi .... guna resepi yg sama izinkn saya C&P resepinya ye...





Kek Coklat Kukus Zaima (Moist)



Bahan:1 cawan serbuk koko1 cawan gula pasir1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak *saya guna 1 cawan butter yg di cairkan

1/2 cawan susu pekat manis1

1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur



Cara:



1.Campurkan serbuk koko, susu segar/susu cair, gula, susu pekat dan butter dalam periuk dan masak sebentar sehingga semua bahan tadi cair.Tutup api. Biarkan adunan suam.


2.Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan adunan koko tadi. Gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan tepung hingga habis.

3.Gaul sebati dan tuangkan ke dalam loyang. Jangan sampai penuh, nanti adunan akan naik. Masukkan dalam separuh loyang. Tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam bekas loyang.

4.Kukus dalam masa sejam. Lepas tu anda boleh cek dengan cucuk lidi atau cake tester ke dalam loyang.Jika tiada adunan melekat, itu tandanya telah masak. SELAMAT MENCUBA




Thursday, July 14, 2011

Kek Gula Hangus aka sarang semut




salam semua, hari ni nk tayang kek gula hangus aka sarang semut yg bersaranr-sarang tu cuba la tengok banyaknye lubang2 , suka banget berjaya kali ni, Terima kasih kepada rakan blog penyumbang resepi pas ni saya letak resepi ye. kita tengok gambar je dulu ye...




Tuesday, June 14, 2011

Upside down pineapple cake




kita layan gambar nanti kita letak resepinye, mmg sedap kek ni


Wednesday, May 25, 2011

Red velvet cake




try buat red velvet tuk birthday puteri comel Nur Sufia Alyia 30 april 2011. SELAMAT HARI LAHIR MOGA PANJANG UMUR, BERJAYA DAN JADI ANAK SOLEHAH, AMIN.


Thursday, April 21, 2011

CMC

CMC lagi

Tuesday, December 14, 2010



brownis lapis ces kukus & Marble ces brownis

Friday, October 15, 2010

Kek marble mocha


kek marble mocha jumpa kt fb kak rinchann... lembut n gebuss je

KEK MARBLE MOCHA k rinchann

Bahan-bahan :
Bahan A
250 gm butter,
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

Bahan B (Ayak bersama)
240 gm tepung gandum, saya guna tepung kek bluekey
1 sudu teh baking powder
1 camca teh mocha paste
1 camca teh nescafe

Cara-cara :
1. Pukul majerin dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Alas loyang (8") dengan grease proof paper dan sapu sedikit marjerin di sekeliling dinding dalam loyang.
8. Sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis.
9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel.

Thank you kak rinchann. selamat mencuba

Friday, October 1, 2010

Carrot Apple Cake


salam , lamanye x update salam lebaran wat semua ni carrot apple cake wat hubby tersayang. Saya selongkar dapur k rinchann pas tu jumpa resepi ni ... terima kasih ye minta halal jom kita layan resepinye...

CARROT APPLE CAKE

BAHAN-BAHAN:

2 1/2 cwn tepung naik sendiri

1 1/2 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate

1 1/4 tsp serbuk kayu manis

Secubit garam halus

3 /4 cwn gula perang halus

3/4 cwn (atau kurang) gula castor

4 biji telur

1 cwn minyak jagung

100gm mentega, dicairkan

200gm lobak merah, diparut

150gm apple hijau, diparut

30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )

CREAM CHEESE TOPPING:

250gm cream cheese

4 sudu makan butter

1/3 cwn gula icing, diayak

1 tsp jus lemon *

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek.

CARA-CARA:

1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.

2. Masukkan kesemua bahan lain.

3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.

4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.

5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.

6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting

Terima kasih k Rinchann coz sudi kongsi resepi ni sedap....

Monday, August 9, 2010

Kek coklat kukus


kek coklat kukus lagi

Monday, July 26, 2010

Kek pisang


salam semua, tengok tu kek pisang dari kak rinchan mmg moist, lebih2 lagi simpan jap dlm peti sejuk mmmm mmmg sedap. Thanks kak sebab sudi kongsi resepi saya CNP ye.

VERY MOIST BANANA CAKE
Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin 2 cawan caster sugar, Rinn guna 1 cawan sahaja !! Itu pun dah cukup manis....
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
4 sudu besar susu pekat, Rinn guna susu segar Dutch lady jer
3 cawan pisang lecek 2 cawan tepung, Rinn guna tepung kek NONA
1 camca teh soda bikabornat
1 camca teh baking powder Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional), Rinn bubuh walnuts
Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putaran mixer.
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.

Tuesday, July 13, 2010

Banana Shortbread


tengok tu sedap x banana shortbread che mat gebu tapi saya tambah apple cikit mmg sedap.Thank you Che Mat Gebu kerana sudi kongsi resepi yg sedap2

Friday, June 25, 2010

Blueberry cheese cake




ni kes nk habiskan stok cheese la terbuat cheese kek lagi jgn marah ye

Monday, June 21, 2010

blueberry cheese cake


Blueberry chese cake

Thursday, June 17, 2010

Marble kek


Marble kek mint flavour

Apple kek



Apple kek dilapisi buttercream + blueberry filling, lupakan rupanye yg x berapa cantik tu tapi rasanye yummmmmyyyy

kek coklat kukus


kek coklat kukus lagi