Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

kuih kaswi



Salam semua, tengok tu kuih tradisional yang digemari oleh anak2 ku. Saya masih menggunakan resepi yg sama yang penting sedapppp... 

Thursday, April 4, 2013

Apam Pisang

Apam pisang yang gebus


Yang ni buat frozen


Salam wat semua hari ni nak tayang Apam pisang yang simple,

Apam Pisang

Bahan-bahan:
7 biji pisang apa2 je
4 biji telur
1 1/2 cwn gula
1/2 cwn minyak
4 cwn tepung
1/2 sb bikabonart

Caranya:
1. Masuk je semua kecuali tepung dlm blender.
2. Masukkan tepung pula dh sebati bolehlah di kukus jgn lupa sapukan minyak pada acuan.

SELAMAT MENCUBA.


Monday, August 8, 2011

kuih dadar




SALAM RAMADAN ALLMUBARAK BUAT SEMUA

Kita layan gambar juadah berbuka yg simple ni...







Monday, April 25, 2011

apam pisang




salam semua ni apam pisang versi coklat yummmmm


Tuesday, February 8, 2011

Kuih apam tapai


kita layan kuih apam plak ye guna resepi yg sama copy kt umah MadihaA izinkn ku C&P resepinya..
Apam tapai nasi Sumber: Ogy (kakak Hajar)
Bahan2
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air 3/4 cawan tapai nasi
3/4 cawan gula
2 paket ENO ( 1/2 tbsp ) pewarna yg disukai
Cara2 menyediakan
Semua bahan diblend kecuali ENO & pewarna
Tuangkan ke dlm bekas, tutup & perap 1-3 jam (kita perap 1 jam aje)Selepas perap 1-3 jam, masukkan ENO..gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 2 (kita wat 3 warna)...1 warna asal,1 lagi warna yg disukai
Masukkan dlm acuan cawan kecil...kukus 10-15 minit.
Nota MaDiHaA : sebelum membancuh adunan dengan ENO.. panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Acuan apam disapukan dengan sedikit minyak masak disekelilingnya sebelum menuang bancuhan apam.
RESEPI TAPAI NASI
3 mug nasi sejuk ~ dileraikan1/4 (suku) biji ragi tapai ~ dihancurkanGaul nasi sejuk dengan ragi & simpan dalam bekas bertutup di tempat yg gelap. Biarkan selama 2 ~ 3 malam. Simpan dalam peti ais jika ada lebihan utk kegunaan akan datang.

selamat mencuba.

Friday, November 26, 2010

Apam tapai nasi


kenapa apam ni tak semuanye mekar tapi apa pn rasanye tetap sedapppp

Monday, October 25, 2010

Kuih Lapis Pisang


Kuih Lapis Pisang sedap ni x rugi mencuba, resepinye x jumpe pulak lagi kali kita letak resepi ye.

Wednesday, October 20, 2010

karipap pusing



Salam semua, jadi x karipap pusing ku (anakku kata karipap gelek2) resepi dpt kt dapur madihaA, thank you madiha first time buat menjadi saya kongsikan resepi di sini minta halal ye

Karipap Pusing Sumber : Wila (http://familydishes.fotopages.com)

BAHAN A: dapur madiha
80gm tepung gandum (MaDiHaA tambah lagi tepong sampai dpt doh yg lembut)
60gm lemak sayur

BAHAN B:
150gm tepung gandum
1/2camb gula
1/2 camt garam
30gm merjerin
70-75ml air (lebih kurang ikut lembut doh)

BAHAN C: Inti karipap kesukaan anda.
(tak perlu resepi ya ikut resepi kesukaan masing2)

CARA-CARA:
1. Gaul bahan-bahan A sehingga jadi seperti adunan biskut/ doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul dah bentukan bulat2/bebola.
2. Untuk bahan-bahan B gaulkan marjerin dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Bancuhkan gula dan garam bersama air hingga kesemua larut.
4. Tuang air sedikit demi sedikit kedalam adunan serbuk roti lalu uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul juga & buat bulat2/bebola.
5. Untuk mencanai kulit masukan A ke dalam B lalu bungkus kemas-kemas buat seperti ini sehingga habis kesemua 8 ketul/bebola tadi.
6. Ambil satu ketul gelek rata memanjang (bentuk oblong) kemudian gulung kemas2.
7. Gelek sekali lagi dan gulung lagi .
8. Potong gulungan tadi kepada 4 bahagian. Ambil satu keping lalu gelek nipis hingga menjadi bentuk bulat. TERBALIKKAN (bermakna permukaan atas yg kena rolling pin berada di bawah & permukaan bawah yg kena papan canai untuk letak ini) . Letak inti secukupnya lalu tutup kemas & kelim kemas2.

Thursday, October 7, 2010

Apam pisang gebusss


ha tengok tu gebuss x , nyummmm

Wednesday, July 28, 2010

kuih lapis


ha tengok sekali x nampak lapisnye tengok 2 kali baru perasan la kuih lapis rupanye, rupa x penting yg penting rasanya mmg sedap guna tepung gandum je, nk cuba jom layan resepi dari Kak Fida tokey my resepi yg anggun... Thank u for this marvelous recepi, minta halal ye.
♥Kuih Lapis Sari Pandan™ kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
300 g tepung gandum
200 g gula pasir
800 ml santan (200ml KARA + air)
1 sk garam
2 helai daun pandan - disimpul
2 sb air daun pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
Masak santan,gula,garam dan daun pandan hingga mendidih dan sejukkan.Tapis.
Campurkan tepung kedalam adunan santan dan gaul rata.Tapis lagi dan adunan di bahagi 2 dan bubuh air daun pandan dan pewarna hijau pada 1 bahagian.
Kukus selapis2 berselang-seli warna. 5 min setiap lapis dan 20 min untuk lapisan terakhir.Sejukkan kuih,potong dan sajikan

Monday, June 21, 2010

Coconut blossom


Coconut blossom, x tau la betul tak eja ni