Wednesday, July 28, 2010

kuih lapis


ha tengok sekali x nampak lapisnye tengok 2 kali baru perasan la kuih lapis rupanye, rupa x penting yg penting rasanya mmg sedap guna tepung gandum je, nk cuba jom layan resepi dari Kak Fida tokey my resepi yg anggun... Thank u for this marvelous recepi, minta halal ye.
♥Kuih Lapis Sari Pandan™ kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
300 g tepung gandum
200 g gula pasir
800 ml santan (200ml KARA + air)
1 sk garam
2 helai daun pandan - disimpul
2 sb air daun pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
Masak santan,gula,garam dan daun pandan hingga mendidih dan sejukkan.Tapis.
Campurkan tepung kedalam adunan santan dan gaul rata.Tapis lagi dan adunan di bahagi 2 dan bubuh air daun pandan dan pewarna hijau pada 1 bahagian.
Kukus selapis2 berselang-seli warna. 5 min setiap lapis dan 20 min untuk lapisan terakhir.Sejukkan kuih,potong dan sajikan

Monday, July 26, 2010

Kek pisang


salam semua, tengok tu kek pisang dari kak rinchan mmg moist, lebih2 lagi simpan jap dlm peti sejuk mmmm mmmg sedap. Thanks kak sebab sudi kongsi resepi saya CNP ye.

VERY MOIST BANANA CAKE
Bahan-bahan :
250gm butter, Rinn guna majerin 2 cawan caster sugar, Rinn guna 1 cawan sahaja !! Itu pun dah cukup manis....
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
4 sudu besar susu pekat, Rinn guna susu segar Dutch lady jer
3 cawan pisang lecek 2 cawan tepung, Rinn guna tepung kek NONA
1 camca teh soda bikabornat
1 camca teh baking powder Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional), Rinn bubuh walnuts
Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putaran mixer.
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.

Tuesday, July 13, 2010

Banana Shortbread


tengok tu sedap x banana shortbread che mat gebu tapi saya tambah apple cikit mmg sedap.Thank you Che Mat Gebu kerana sudi kongsi resepi yg sedap2

Friday, July 9, 2010

Chocolate


Salam semua, ha chocolate lagi, just mix compound chocolate no filling.

Monday, July 5, 2010

Brownies lapis cheese kukus





salam buat kak wan, asyik dok terliur je nengok kak wan punya brownies kukus tu akhirnya sampai hajat merasa, memang sodap x rugi mencuba sapa2 nk resepi gi la blog kak citrasawan yang mengoda tu. Thank to Kak wan coz sudi berkongsi resepi