Tuesday, November 9, 2010

Acar Buah


yummmmy sedapnye acar buah ni makan dgn nasi panas2 kita layan resepi ni ye Thanks kepada penyumbang resepi ni.
Acar Buah mysajian@myresipi.com
Bahan-bahan ( 1 kg )
1/2 Kg Buah-buahan jeruk @ kering
10-15 Biji Bawang merah
10 biji bawang putih
50gm cili kering, rendam dgn air panas sebentar.
5-10cm halia bergantung kepada saiz halia
400gm gula dan 1 sudu teh garam
2 cawan cuka
Sedikit rempah kari daging jika suka
Bijan goreng tanpa minyak sebagai hiasan
1/2kg minyak masak
Cara-cara
Mesin, cili, bawang merah, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan mesin sampai naik minyak, tambahkan serbuk kari daging semasa menumis jika suka.
Masukkan gula, garam dan cuka, tumis lagi sehingga naik minyak, masukan buah-buahan kering, kacau masak sampai pekat. Nota: masa memasak acar buah ni boleh mencapai sehingga 2 jam, jangan ditambah air demi menjaga ketahanan acar buah kita. Tabur bija goreng semasa hendak makan. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment