kek coklat kukus lagi
Salam kepada semua rakan yang sudi bertandang... silalah masuk jangan malu-malu...
Monday, August 9, 2010
Chocolate moist cup cake
Chocolate Moist Cup cake resepi zaima@myresipi kalau ikut resepi dikukus tapi saya bakar, thank 4 share this resepi sedap, sory gambar x clear guna hp murah je izin C&P resepinye
Kek Coklat Kukus Zaima (Moist)
Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak *
1/2 cawan susu pekat manis1
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara:
Campurkan serbuk koko, susu segar/susu cair, gula, susu pekat dan butter dalam periuk dan masak sebentar sehingga semua bahan tadi cair.Tutup api. Biarkan adunan suam.
Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.
Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan adunan koko tadi. Gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan tepung hingga habis.Gaul sebati dan tuangkan ke dalam loyang. Jangan sampai penuh, nanti adunan akan naik.
Masukkan dalam separuh loyang. Tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam bekas loyang.Kukus dalam masa sejam. Lepas tu anda boleh cek dengan cucuk lidi atau cake tester ke dalam loyang.Jika tiada adunan melekat, itu tandanya telah masak.
* untuk cc saya bakar 170 selama 18-20min
selamat mencuba
Tuesday, August 3, 2010
Pizza
Monday, August 2, 2010
biskut coklat cip
salam buat semua, pas ni tak yah beli biskut cipsmore yang mahal tu, biskut ni pun laku gak. Terima kasih pada kak citrasawan sebab sudi kongsi biskut yang sedap ni, izin saya C&P resepinya.... jom layan resepi ni
250gm mentega
350gm tepung gandum
150gm gula perang
50gm gula kaster
1 biji kuning telur
90gm badam cincang
80gm coklat chips
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh emplek
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula perang dan esen vanilla hingga kembang dan putih selama lebih kurang 8 minit. Masukkan telur dan pukul sebati.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda dan emplex kedalam sebuah mangkuk besar, Gaulkan bersama badam cincang dan coklat chips.
3. Gaulkan adunan mentega dan adunan tepung, jika adunan lembit rehatkan selama 15 minit.
4. Cubitkan sedikit adunan tersebut & susun dlm dulang pembakar hiaskan coklat chip diatasnya.
5. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Posts (Atom)