Tuesday, June 22, 2010

apple crumble muffin



Lepas selongkar dapur En mt Gebu dapat la apple crumble muffin ni saya copy paste je resepinya, tapi x segebus cik mat punya terima kasih kerana berkongsi resipi

APPLE CRUMBLE MUFFIN

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*
(*bahan untuk crumble)


CARA MEMBUATNYA :-)

  • Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya.
  • Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  • Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan.
  • Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  • Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  • Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment