Thursday, December 23, 2010

Kek lapis asam manis





Kek Lapis asam manis kita ikut resepi CMG. Thank to CMG sudi kongsi resepi ni

Wednesday, December 22, 2010

Puding marble



Salam semua... Puding marble pulak

kita layan resepi dari k citrasawan ni ye yg saya ubah sikit sory ye k wan

Puding Marble
Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar (saya guna satu pkt agar2)
1350ml air (saya guna 6 cwn air)
450gm gula (2 cwn gula)
100gm mentega
8 biji telur (boleh kurangkan jika suka) (4 biji je)
1 tin susu sejat ideal
2 sdm tepung kastard
2 sdm serbuk koko + 1 sdm air panas, kacau rata/coklat emulco
2 tsp esen vanila
Pewarna coklat dan kuningDaun pandan
Loyang 9" - dibasahkan terlebih dahulu

Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api, keluarkan daun pandan.
2. Satukan susu sejat dan tepung kastard, kacau hingga tidak bergentel. Masukkan ke dalam blender bersama telur. Kisar sekejap, kemudian tapis.
3. Masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak tadi, buka api dan masak sekejap. Kacau hingga rata. Tutup api dan masukkan mentega kacau hingga mentega larut. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Bahagian pertama dimasukkan pewarna kuning dan bahagian kedua di masukkan pes koko.
5. Ambil satu senduk warna kuning, tuang ke dalam loyang, di ikuti satu sendok warna koko tuangkan di atas warna kuning tadi, ulang melapis berselang seli hingga habis.
6. Apabila menuang adunan pastikan tuangan rendah hampir kepada lapisan sebelumnya kerana apabila adunan semakin menebal di dalam loyang, coraknya akan bercampur. Tuangan tinggi akan merosakkan corak marble atau pelangi tadi.*** untuk membuat warna pelangi, bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang berlainan. Tuang adunan berselang seli warna sehingga habis.


Tuesday, December 14, 2010



brownis lapis ces kukus & Marble ces brownis