Tuesday, June 29, 2010

Fudge Brownies


salam semua ni la hasilnye bila suka menyelongkar dapur org x tahan godaan so saya C&P je resepinye dari dapur Mak Lang Thank you so much sebab sudi kongsi resepi ni tak rugi mencuba sodap....
FUDGE BROWNIES
Sumber : http://members.tripod.com/~chocolatefantasy @ Mak Lang's Kitchen
1 cwn butter, cairkan
1 cwn serbuk koko
1 3/4 ke 2 cwn gula castor (Tahap kemanisan ikut suka)
1 1/2 tsp vanilla
4 biji telur
1 1/3 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp gram halus
1 cwn pelbagai kekacang atau chocolate chips (saya letak chocolate chip je , kacang x de stok)
Cara-cara :
1. Di dalam satu bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko.
2. Masukkan gula, esen vanilla dan telur. Kacau semua hingga sebati.
3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yg telah diayak bersama.
4. Akhir sekali masukkan kekacang dan choc chips yg telah digaul dgn sedikit tepung.
5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar di dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darj selama 30 min - 40min, bergantung kepada oven masing-masing.
Selamat mencuba.

Monday, June 28, 2010

Chocolate lollichoc





Chocolate lollichoc

Friday, June 25, 2010

Chocolate cip muffin

bluebery muffin

Blueberry cheese cake




ni kes nk habiskan stok cheese la terbuat cheese kek lagi jgn marah ye

Tuesday, June 22, 2010

apple crumble muffin



Lepas selongkar dapur En mt Gebu dapat la apple crumble muffin ni saya copy paste je resepinya, tapi x segebus cik mat punya terima kasih kerana berkongsi resipi

APPLE CRUMBLE MUFFIN

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*
(*bahan untuk crumble)


CARA MEMBUATNYA :-)

  • Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya.
  • Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  • Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan.
  • Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  • Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  • Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Selamat mencuba.

Monday, June 21, 2010

blueberry cheese cake


Blueberry chese cake

Coconut blossom


Coconut blossom, x tau la betul tak eja ni

Thursday, June 17, 2010

Marble kek


Marble kek mint flavour

Apple kek



Apple kek dilapisi buttercream + blueberry filling, lupakan rupanye yg x berapa cantik tu tapi rasanye yummmmmyyyy

kek coklat kukus


kek coklat kukus lagi

Wednesday, June 16, 2010

kek coklat kukus



Ben1o kek dalamnye kek chocolate kukus yum.. yummmm...

homemade chocolate



chocolate lagi cute x

chocolate



my chocolate, lepas habis kelas dengan chef zubaidah terus dapat tempahan. Thanks tu Chef Zubaidah kerana sudi berkongsi ilmu

bluebery cc





blueberry CC

Tuesday, June 15, 2010

Puding ABC



minta halal ye resipi ni ye kak, saya copy paste je

Puding ABC kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan
1 kotak (1000ml) susu segar strawberry atau choc.
1 peket agar2 serbuk (10/11/12g)
4 sb gula pasir (lebihkan jika suka lebih manis)


Cara-cara
Campurkan kesemua bahan2 di dalam periuk dan masak hingga mendidih.Matikan api.
Tuang kedalam acuan kecil2 atau acuan pilihan dan sejukkan.
Simpan di dalam peti ais dan hidangkan.Enak dimakan dingin. Puding ini juga boleh dimarblekan...

kek lapis prune n oreo



kek lapis prune n lapis oreo, maaf la budak baru blajar